Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 14, 2011

:: Allah menjamin rezeki makhluknya ::

Diceritakan bahawa Imam Azahi ingin menyakinkan dirinya dalam masalah rezeki. Pada suatu hari dia pergi ke bukit yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Di lereng bukit  itu kebetulan ada gua. Dia masuk ke dalam gua dengan berserah diri kepada Allah s.w.t sambil berkata dalam hatinya "Aku ingin tahubagaimana Allah memberikan rezeki kepadaku di dalam gua ini."

Tidak lama kemudian setelah dia duduk di dalam gua itu sambil bertasbih dan berzikir kepada Allah, tiba-tiba datanglah satu kumpulan manusia. Mereka adalah satu rombongan pedagang yang tersesat. Pada waktu itu hujan turun, maka mereka pon mencari perlindungan dan masuk ke dalam gua. Melihat ada orang yang duduk seorang diri di dalam gua itu, mereka agak terperanjat. Mereka mendekatinya lalu bertanya " Siapakah engkau wahai hamba Allah?" Lelaki yang tidak dikenali itu tidak menjawab.

Salah seorang mereka berkata "Mungkin dia lapar, berikan dia makan." Mereka memberinya makanan susu dan manisan. Namun lelaki itu tidak mahu mengambilnya dan enggan makan. Kemudian dua orang daripada mereka membuka mulutnya untuk memasukkan sekeping roti dengan menggunakan pisau, kerana giginya sudah tidak dapat dibuka lagi.

Akhirnya lelaki itu, yang sebenarnya Imam Azahi, tertawa dan berkata " Sebenarnya saya hanya ingin mencuba bagaimana Allah memberikan rezeki kepada hamba-NYA  dimana sahaja berada dan bagaimanapun keadaannya."

P/s : kita sebagai umat islam, bersyukurlah dengan apa yang Allah s.w.t berikan. Sesungguhnya Allah lah pemberi rezeki kepada hamba-Nya.

0 pengkritik Innocent Gal:

Post a Comment

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Bagi la comment ye..hehhe Maacceehhh :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

bg