Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 7, 2011

:: Sekali lagi saya tewas ::

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tapi adakah mereka tahu apa sebenarnya erti cinta?

Cinta…

Saya juga pernah menjadi salah sorang yang mabuk cinta. Entah bila saya mula berkenalan dengannya, dengan cinta yang membuat saya seperti bukan diri saya yang sebelumnya. Kerana cinta itu yang membantu saya melupakan orang yang pernah mengkihianati saya. Dengan alasan tersebut saya ulangi perkara yang saya sudah tetapkan di hati bahawa saya tidak akan ulanginya lagi. Tapi saya tewas dengan dugaan tersebut. 


Cinta yang dulu saya kenal membuat saya mudah sekali menangis sampai mata saya bengkak. Kalau dikumpulkan semua mungkin air mata saya sudah sebaldi penuh atau berbaldi-baldi. Cinta itu membuat saya mampu tidur lewat malam kerana saya rela berjaga sehingga pagi menjelang, hanya untuk berjumpa dengannya. Hanya kerana rindu dengan cinta itu.

Padahal jika jam menunjukkan pukul 3 pagi sepatutnya saya bersiap sedia untuk bertemu Sang Pemilik Jiwa, tapi sering saya abaikan kerana terlalu taksub untuk berjumpa dengan cinta tersebut.  Separah itu cinta membutakan saya saat itu. Sanggup lakukan apa saja walaupun itu hanya menyusahkan diri sendiri. Tapi tak mengapa..sebab saya cintakan dia. Saya rela berkorban untuknya. Itulah penangan cinta.

 Cinta tidak membuat saya berubah menjadi lebih baik tetapi sebaliknya.

Dan kini, bagaimana khabarnya cinta itu? Dimana dia yang dulu selalu ada untuk saya? Dimana dia yang dulu rela berhujan, rela berpenat semata-mata untuk bertemu saya ? Semua sudah tidak ada lagi bersama saya. Dia tinggalkan saya tanpa sepatah kata. Dia pergi tanpa tinggalkan apa-apa pesan. Sudah berkali-kali saya mencari dan menghubunginya tapi saya gagal. Saya gagal untuk mendapatkan kembali cinta itu. Semudah itu dia melupakan saya. Semudah itu dia membiarkan saya keseorangan lagi selepas dia memberikan saya cinta dan harapan. 

Sekali lagi saya tewas.

Hidup saya sama seperti dulu sebelum saya berjumpa dengannya. Tidak tahu kemana arah tujuan. Saya tidak tahu kemana lagi saya mahu bergantung harap. Saya lupa... Sedangkan DIA yang selalu saya abaikan, yang selalu saya datangi hanya ketika saya memerlukanNYA, DIA tidak pernah berganjak menjauhi dari saya, bahkan ketika saya bersendirian DIA yang selalu menemani saya, menghapus air mata saya, mengubati luka hati saya.

DIAlah yang menggantikan apa yang hilang dari saya dengan yang lebih baik, jauh lebih baik dari yang saya harapkan. Tidak ingin lagi diri ini terjerumus pada cinta yang seperti itu lagi, saya ingin mengenal cinta yang datangnya hanya dari DIA dan kepada DIA saya persembahkan.


YA ALLAH, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya
Jangan biarkan aku merindukan kehadirannya..
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku dihatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika engkau ciptakan dia untukku, YA ALLAH
satukan hati kami...


Amiiinnnn....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

bg