Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 13, 2011

:: Bicara Hati ::

Bukan aku pinta untuk jatuh cinta. Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan. Aku takut kehilangan teman yang aku sayang dan kehadiran kau memang tepat pada masanya.
Aku tidak pasti sebenarnya ! Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?
Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu ! Jangka waktu yang kita ambil umtuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya twlah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah TUHAN. AKu berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar.
Tetapi, mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita? Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan? Jadi..janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu..
Pulanglah ! Kerana hanya kau yang kurindu

2 comments:

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Bagi la comment ye..hehhe Maacceehhh :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

bg