Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 5, 2009

:: CinTa IbaRat MenuNggu Bus ::

~~ C.I.N.T.A ~~
Cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas…
Bila bas tu datang, kamu tengok bas tu dan kamu kata pada diri kamu,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadi, kamu katakan pada diri kamu,"Aku akan tunggu bas yg lain."
Kamu pun biarkan bas tu berlalu dan kamu tunggu pulak bas yg lain.
Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Kamu tengok bas tu dan kamu akan cakap,
"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."
Jadi, kamu pun biarkan bas buruk tu berlalu dan kamu bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.
Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni kamu kata,
"Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik aku tunggu bas yg lain."
Dan sekali lagi kamu biarkan bas tu berlalu dan bercadang utk menanti bas yg seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kamu perasan yg kamu pula dah terlambat rupanya.
Kamu mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.
Dan kemudian barulah kamu sedar bahawa... kamu dah naik bas yg salah.
Jadi, selama ni kamu dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg kamu nak.
Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond,
adakah kamu dapat pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk kamu?
Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yg kamu idamkan tu memang tak salah.
Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?
Sekiranya kamu dapati "bas" itu tak sesuai dengan kamu,
apa yg perlu kamu lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.
Tapi... aku pasti anda semua tentu ada pengalaman yg macam ni.
Kamu nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg kamu nanti-nantikan),
kamu tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak kamu dan terus berlalu tinggalkan kamu!
Hahahaha....
Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam tu, apa yang aku lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali,
kamu akan terjatuh dan menyakiti diri kamu sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas,
sama ada kamu nak naik dan beri peluang pada bas tu...
semuanya terpulang pada diri kamu.
Janganlah menyesal jika seseorg tu selama ini berada di depan kita tanpa kita mengetahuinya,
bahawa dia lah orgnya... kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya...
hanya DIA yg mengetahui apa yg terbaik buat diri kita dunia dan akhirat.
FootNote :-
Peringatan dan pengajaran tuk sume dan diriku...
Hahhah
Kita hanya manusia biase
Mampu merancang dan Tuhan yang akan tentukan segalanya
Maka...
Terimalah hakikat ini seadanya

2 comments:

  1. aku tgh tggu bas ekspress...kawen trussssssssssss

    ReplyDelete
  2. ye dok??
    Da tu bile bus ko nk smpai??
    hahahha
    baguih2

    ReplyDelete

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Bagi la comment ye..hehhe Maacceehhh :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

bg